| Sunday, May 22, 2005 | |||||||
| catatan kembara | |||||||
| "Dan Dialah yang menciptakan tiap2 sesuatu iaitu menentukan keadaan makhluk itu dgn ketentuan taqdir yang sempurna " 2 : Al Furqan saya telah melewati pekan kecil Hereford . keretapi terus bergerak laju membawa penumpang ke destinasi . disibukkan dgn aktiviti masing2 ... saya merasa kekosongan .. akhirnya mencapai pen dan mula mencatat.. keretapi ini bakal berhenti pada destinasinya , namun ia bukan tanda berakhirnya perjalanan kita bahkan bakal menjadi titik mula bagi episod2 da'wa yg baru . inilah permusafiran saya paling lama .16 hari meninggalkan apa yg selama ini saya mewah memiliki .Allahu Akhbar .. inilah sebenar2 tarbiyyah diri yg menuntut seribu rasa & pengorbanan . Andai ini yg perlu kita bayar .. redhalah . 20 mar - 4:30 ptg -terpaksa meninggalkan mesyuarat SPINO-NW lbh awal -badan tiba2 mengigil , hampir2 membatalkan misi ke S -6:30 ptg - melangkah keluar dr bilik dgn doa dan harapan yg tinggi .beratnya apa yg ada di bahu! 21 mar -2 am -bertemu dgn mad'u2 di airport .masing2 dgn wajah yg cukup excited ( sehingga perkara pertama yg di buat adalah sesi pembentangan itirenary & menanda lokasi di peta yg cukup besar ) saya hanya mampu melihat ..ohh mampukah saya untuk 'memecahkan' nya ? -5 am - saya dan F solat subuh berjemaah . saya dakap erat dirinya & mohon kekuatan itu hadir . check in. -9:30 am . bumi asing S dijejak . terpaksa membatalkan perjalanan ke M dan sebaliknya menghala ke utara , B - 11 am - Al hamdu lillah ... bantuan dr Allah , misi pertama ISK di dalam bas 2 jam dr R ke bandar B . mad'u tak henti2 bertanya & sgt2 excited. Allahu Akhbar .. 22 mar saya diuji Allah SWT di Casa Mila , lagenda Gaudi yg meniggalkan trauma . berperang dgn diri sendiri untuk mencari kekuatan dr Allah SWT .Redha .. “ syaitan menjanjikan ( menakut2kan ) kamu dgn kemiskinan dan menyuruh kamu melakukan kejahatan . sedangkan Allah menjanjikan kamu dgn keampunan dan limpah kurnia dariNya dan Allah itu Maha Luas PengurniaanNya dan Maha Mengetahui “ 268 : Al Baqarah Allah SWT telah mengantikan kehilangan itu dgn sesuatu yg lbh bermakna . al hamdu lillah . 11 pm : bertolak ke M dgn perasaan yg berbelah bagi . Tawakkal ila Allah 23 mar Sesi taaruf , rupa2nya ia tak semudah yg saya sangka . padang Real Madrid menjadi saksi , tazkeerah mengenai propanganda kafirun -5 S . ( mad’u saya hard fan Real Madrid , beckham , owen dll rupanya ) 24 mar gambaran kiamat kecil dan padang masyar di Santiago Bernabeu St . ( antara tragedy yg tak dapat saya lupakan seumur hidup ! ) . org belarian2 , berasak2 , berhimpit2 , menangis dan berteriak tiada seorg akan memikirkan org lain .masing2 hanya memikirkan nasib diri sendiri - tiba di A , sedih melihat keadaan masyarakat muslim di sana setelah Andalusia dirampas kafirun . hanya sedikit tazkeerah sambil menunggu bas ke G pada pukul 12 pm . saya menyaksikan dgn mata kepala sendiri seorg pelancong dr US yg kehilangan beg & sejumlah wang tunai serta dokumen2 . saya syukur..nasib saya tidak seburuk itu . 25 mar Andalusia , bandar impian saya G , namun ia jauh dr apa yg saya sangka . terlalu sedih dgn keadaan masyakarat disana. Tidak keterlaluan jika saya katakana UK jauh lbh baik . Sesi muhasabah & seerah . saya bawakan kisah syabab Sultan Muhammad Al Fateeh yg bercita2 tinggi serta seerah andalus . terima kasih pada kak HS yg sediakan material untuk saya J 26 mar Al hambra seawal 6 pagi . discussion again ( abt 2- 3 hours ) .al hamdu lillah dapat manfaatkan masa sementara menanti barisan yg cukup panjang .dapat memerhati dgn mata kepala sendiri Nasrid Dinasty .rasanya ini sesi yg benar2 menyentuh hati . mad’u mempunyai keinginan & harapan yg tinggi untuk melihat islam kembali berdagang . Cuma kebanyakkannya tak yakin dgn apa yg blh kita bawa plus lbh bersikap neutral . ( mmm macammana ye nak berdepan dgn mad’u mcm ni ? ) 27 mar Jelajah C . saat ini hilang segala keseronokan berjalan bila lihat dgn mata kepala sendiri apa yg umat islam miliki sekarang . ukiran2 kalamullah berganti dgn patung2 mary . Masjid milik kita terangan di rampas sehinggakan kami tak di benarkan masuk sbb paderi tgh bg ‘sermon’ ( kebetulan hari itu Sunday ) ‘ akak .. dlm byk2 tempat kita pergi kat S ni .. yg paling tak blh saya terima is yg masa di C . bila masjid kita yg jd tmpt pusat ilmu dah jadi cathedral .’ M Airport – alhamdu lillah dgn izin Allah SWT dapat buat sesi perbincangan & ‘conclusion’ after check in . ( ada byk hikmah flight delay ) . mad’u masih nak berbincang & share sampailah dah dalam flight ( saya ketika itu dah rasa tiada tenaga rasanya sambil menahan ngantuk yg melampau ) . Allahu Akhbar .. perubahan yg sgt2 ketara . al hamdu lillah Al hamdu lillah .. terima kasih atas doa antum , Saya personally this is such a big tarbiyyah untuk saya yg masih terlalu baru dlm medan da’wa ini . berakhir trip ke S , bermula langkah2 yg lbh byk & lbh penting . al hamdu lillah akhirnya perjalanan saya bersambung ke Bandar B untuk beberapa hari lagi . ( oh yg ini terlalu byk untuk saya catatkan ..ianya terlalu istimewa ) . Tiada sebaik kata yg mampu saya lafazkan . Al hamdu lillahi rabbil Alamin .. ‘ dan untuk mendapatkan nikmat yg sedemikian maka hendaklah mereka berlumba2 ( membuat amalan yg soleh )’ Al Mutaffifin :26 al faqirah ila Allah almumtazah ** yang lalu untuk saya MULAI kembali! |
|||||||
| posted by umm mujahid @ 5/22/2005 01:20:00 PM | |||||||
|



