| Thursday, July 14, 2005 | |||||||
| zionist | |||||||
| Saat jemari ini menari di papan kekunci , abg wan masih di ribaan . manakala adik berdiri di sebelah. Masing2 leka memerhati ( pantang acik mum membuka computer ) Dari tadi menangis ingin tidur .. alih2 kedua2nya di sini .. ingin dipujuk .. ingin di belai . Inilah buah hati acik mum sekarang … keletah si kembar yg sering mengundang tawa besar! Baru tadi kami pulang dr menghantar mak & bapak ke stesen keretapi. Tak sabar2 ingin pulang ke rumah yg di tinggal hanya 4 hari . apa lagi alasan ? .. ayam itik di rumah ! Tak betah meninggalkan rumah lama2 …. Dalam kesempatan menunggu kedatangan keretapi tadi .. mum masih membaca surat khabar . masih hangat tentang kisah pengeboman di kota London minggu lalu . Memang perasaan takut yg semakin mengunung tinggi .. tak mampu mum sembunyikan . pelbagai andaian bermain difikiran .. takut pada byk kebarangkalian . Bagi mum segalanya propaganda kafir yg benar2 memusuhi islam . ini bukan perang kerana ‘penganas’ .. Tetapi ini perang agama! Mengapa umat islam menjadi mangsa? Mangsa propaganda yg memburuk2kan agama yg syummul ini.. Jika dikatakan islam agama penganas & islam perlu di perangi , bagaimana dgn Sharon laknatullah ?? Bagaimana dgn beribu2 umat islam yg dibunuh di Palestine? Yg dinafikan haqnya terang2an? Kenapa kita tidak perangi sahaja Yahudi ? Ya .. kita di ajar untuk membeza antara Zionist & Yahudi .. yg perlu diperangi adalah Zionist. Mengapa mereka tidak mengerti bezanya ‘penganas’ & islam ? yg diperlu diperangi adalah penganas .. bukannya islam! ‘ Mereka mahu memadamkan Nur Allah dgn mulut (ucapan2) mereka dan Allah enggan kecuali menyempurnakan cahayaNya walaupun dibenci org2 kafir’ At Taubah : 32 mum benar2 ingin menangis…. Notakaki : Esok akan memulakan tugas.. abang memberi 3 hari untuk mum faham process flow di KKS ini . insya’Allah .. I have to be mentally prepared ‘tahan ke? Abg takut mum nangis je balik rumah .. ehehe ( with his evil laugh )’ ‘ tengoklaaaaa’ |
|||||||
| posted by umm mujahid @ 7/14/2005 05:07:00 AM | |||||||
|
| nota mujahid |
| Archives |
| mujahid |
our precious |
| parenting |
| Template By |
|



