| Tuesday, November 29, 2005 | |||||||
| .... | |||||||
| Tuhanmu tidak sesekali meninggalkan mu & tidak sesekali membencimu . Tuhanmu berjanji bahawa kejayaan .. kemenangan yg akhir itulah yg terbaik buatmu . la tahzan innallahama’na .. jgn bersedih kerana Tuhanmu sentiasa bersama . setiap detik, setiap hembus nafasmu .. bagaimana Tuhanmu mahu meninggalkan mu? sedangkan Dialah yg mengutipmu yg dalam kegelapan lalu melindungimu dgn kasih sayang . Sedangkan dia menyerumu kepada sesuatu yg memberi kehidupan padamu & kamu gembira bersamanya. Dia menemuimu teraba2 mencari arah lalu memberimu petunjuk . Dan telah memberimu ni’mat rezeki sehingga kamu puas sehingga kamu gembira dgn kehidupan dunia .. Tuhanmu tidak meninggalkan mu ..& tidak membencimu … Sabarlah .. maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan . Sesungguhnya dgn kesulitanlah datangnya kemudahan . Dan letakkanlah pengharapan terakhir kepadaNya …kerana Dia sesekali tidak meninggalkanmu … Ya Rabb berikan kekuatan .. |
|||||||
| posted by umm mujahid @ 11/29/2005 11:38:00 PM | |||||||
|



