Lilypie Expecting a baby Ticker
Sunday, July 17, 2005
rasa yg ditinggal mati
Mungkin ini dikatakan erti bahagia. Syurga yg disegerakan Allah SWT buat hamba2Nya . . akhir2 ini .. senyuman yg terukir memang datang dari rasa hati yg mum rasa cukup bahagia. Sesore saya melayan abg wan dan adik , kami berjogging di latar rumah sambil diperhati bibik , bermain ‘kuda-kuda’ , berayun dibuaian besi sambil di sapa angin petang , bergolek-golek dihalaman yg luas menghijau. Rumah ini benar2 mendamaikan …
Al hamdu lillah

Kadang kala datang rasa takut andai ia di tarik Allah SWT pada saat saya tersenyum ini . kerana saat inilah hati saya benar2 mencintai dunia dan ingin miliki segalanya isinya.
Nahu zubillahi min zalikk .
Saya memerlukan sedikit masa lagi untuk membina bata kekuatan dalam diri. Saya ingin sekali miliki perasaan yg telah hilang itu . satu jiwa.. satu perasaan yg bagi saya cukup istimewa .. kehilangan dalam rasa sedar yg tak mampu dipanggil balik.

Pulang dari kerja tadi saya memberitahu abang , ada cita ingin menjadi ahli psychology . mmm apa lagi , hanya mengundang tawa besar . dgn kerutan dahi
‘pelik sgt ker?’
kesempatan bertemu dgn ramai manusia.. membuatkan saya berfikir secara serius. Satu bidang yg tidak pernah saya terfikir sebelum ini . pelbagai ragam dan kerenah … cukuplah .. panjang untuk saya kisahkan satu persatu. Takjub dgn kuasa Allah SWT yg mencipta manusia dari air yg hina tapi meninggikan martabatnya pabila aqidah tauhid mengikat diri. Lihatlah kita melihat sesuatu sama ada dgn aqal atau nafsu. .. dan mahu atau tak mahu ..

KEMBALILAH pada Allah SWT .. Dia sentiasa menanti kita dgn keampunan yg Maha Luas . jgn sesekali merasa ia telah terlambat ..
( bersungguh2 berpesan pada diri yg kecil ini… )
posted by umm mujahid @ 7/17/2005 11:56:00 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 
 

Today is



nota mujahid
Archives
mujahid

our precious

parenting
Template By
Free Blogger Templates
© 2004 namakamu.blogspot.com