Lilypie Expecting a baby Ticker
Monday, July 25, 2005
Diary 1
Tidak pernah aku merasakan keindahan dan kemanisan seumpama ketika aku melihat wajah sahabat-sahabatku kerana Allah serta meluangkan masa bersama-sama mereka dalam suasana tarbiyah dan zikrullah. Benar tarbiyah Rasulullah yang dicontohi tidak dapat dihargai kecuali bagi orang-orang yang berada dalam sistem itu sendiri dan merasai keasyikan menikmati nikmat Islam dan iman yang sebenar.



Begitulah yang aku rasakan ketika saban minggu berjumpa saudara-saudaraku yang sudah kuanggap seperti adik beradikku sendiri. Merasai hati ini dididik dan diri ini dibentuk di dalam acuan yang dikehendakiNya. Bukan itu sahaja, mendengar butiran-butiran kata dari ayah-ayah kami yang telah masak dengan ranjau perjalanan dakwah telah membasuh karat-karat jahiliyah dan kesombongan serta melonjakkan semangatku untuk terus tsabat di atas jalan pilihanku ini. Benar, bacaan serta mendengar tidak sama dengan melihat dan mendengar secara langsung. Pengalaman itu tidak mampu digantikan dengan sejumlah wang yang besar sekalipun. Aku kagum dengan ayah-ayah kami ini yang tabah dan tidak kenal lelah untuk mengenalkan kami kepada Islam dah dakwah. Sayangnya mereka kepada kami sehingga sanggup meninggalkan anak isteri serta mengorbankan harta demi melengkapkan kami dengan ilmu-ilmu bekalan sepanjang hayat kami. Aku yakin ayah-ayah kami itu tidak mampu mengingati nama kesemua kami namun nama mereka tetap tersemat di jiwa ini lantaran kata-kata mereka yang telah membawa perubahan yang besar di dalam hidup kami.



Tamrin yang lalu telah dibahagikan kepada 2 bahagian; Jumaat- Sabtu pagi untuk penggerak AIMS dan Sabtu pagi- Ahad Petang untuk sahabat-sahabat ds2.





Bahagian 1



Seperti biasa, program yang sepatutnya bermula pukul 9, bermula sejam selepas itu. Sisters yang dapat hadir ; Kak Zaitul, Kak Shahida, Kak Nik Nur Hasanah, Kak Fatimah, Kak Mazwin, Kak Ezdiyani, Kak khairulnainey, Wan Aisyah, Nor Sardina(Brunei), Kak Madeehah dan saya sendiri. Akak2 BR (bangi-ukm) dengan setianya menemani kami sepanjang program, melengkapkan program dengan perkara-perkara teknikal terutamanya makanan! Sayup hati saya setiap kali melihat mereka bersusah payah menyediakan kami makanan dan air di sepanjang program tanpa leka. Tidak ada yang menghubungkan hati ini kecuali aqidah terhadap Allah. Walaupun program ini mmmg khusus untuk UK dan Eire namun mereka tidak betah untuk menyumbang sesuatu demi kejayaan dakwah di negara lain.



Sewaktu kak shahida, saya dan niknur tibe di ‘pangsapuri’, sisters sedang melakukan liqa sesama sendiri untuk mengisi masa yang terluang. Tidak jemu-jemu mereka menuntut ilmu detik hatiku, alhamdulillah. Terasa seperti di dalam sebuah madrasah. Terasa juga keluarga kami tidak lengkap dengan ketidakhadiran beberapa org sisters yang lain atas urusan masing-masing, namun bayangan antunna tetap bersama kami. (lepas ni sesapa yang miss pengisian, boleh buat kursus intensif dengan sisters yang disebut di atas …heheheeheh)



Setelah catchup dengan cerita-cerita terkini dan sensasi, kami dipanggil untuk memulakan program di dewan seminar, Sesi pembukaan telah dimulakan dengan sedikit taklimat akan perjalanan tamrin selama semalam itu. Sebahagian besar antara kami langsung tidak tahu apakah yang bakal kami terima sepanjang hari. Pengalaman bersama UQS telah mengajar kami untuk menganggak sesuatu yang di luar sangkaan.



Pengisian pertama kami telah diisi oleh Pakcik Zaid Kamarudin di mana beliau membentangkan tajuk ‘Perbincangan dengan penggerak UK dan Eire’. Ketika ini sisters Sheffield dan Kak Di telah dapat mengonlinekan diri dan bersama2 kami di dalam perbincangan itu. Perbentangan oleh Pakcik Zaid telah sedikit sebanyak membuka minda kami agar dapat melihat skop kerja dakwah dari sudut perspektif yang luas. “the BIG picture’ tentang kerja-kerja amal jamaie telah diterangkan dan dibincangkan bersama. Walaupun kita semua sebenarnya bekerja secara locally, tetapi kite harus berfikiran besar dan jauh. Dapatlah dirasakan bahawa kerja yang selama ini kita buat yang disangka kecil sebenarnya menyumbang ke arah matlamat yang sangat besar iaitu menegakkan khalifatullah di Malaysia by 2020.



Program diteruskan dengan pengisian oleh UQS berkenaan dengan Qaidah Sulbah. Powerpoint yang sama digunakan ketika tamrin terakhir di wallsal dan ustaz hanya menerangkan secara ringkas dan padat disebabkan ramai sudah mendengarnya. Tetapi seronok je dengar dari individu berbeza kerana penekanan yang diberikan turut berbeza juga. Antara yang ditekankan adalah ciri-ciri pengikut dakwah serta sirah kaum muhajirin dan ansar.



Ustaz Anwar menyambung kuliah dengan pengisian ‘ Amal Islami – Antara kerja-kerja menghimpun dan kerja-kerja institusi. Satu pengisian yang menarik dan mendalam. Ustaz Anwar menerangkan tentang definisi amal islami, wasilah-wasilah dakwah dan amal tajmi’. Selain itu beliau menegaskan berkenaan dengan Fiqh Haraki di mana semua pendakwah haruslah memahaminya dalam bergerak di medan dakwah ini.



Sesi di petang hari itu diberhentikan bagi memberi laluan kepada solat Asar dan perbincangan yang ada. Sebelum pengisian dari UQS, kami turut mendengar pengalaman dari Wan aisyah berkenaan pengembaraannya bersama akhawat di OZ dan bagaimana mereka mengendalikan sesuatu program. Semangat saudara kita di bumi kangaroo itu tidak pernah gagal menyuntik keazaman dan semangat baru kepada kami agar dapat dipelajari dan dipraktikkan di kepulauan Ire dan UK.



Selepas makan dan solat maghrib, selagi kali kami dihidangkan dengan santapan fikri dan rohani oleh Ustaz Fadhil Soleh. Beliau telah mempunyai pengalaman yang lama dalam dakwah dan sering merantau ke seluruh dunia untuk memberikan pengisian. Saya rasa kami ni macam VIP pulak dapat pengisian dari orang-orang top sebegitu. Macam nak cakap je, ‘siapalah kami ni..’ tapi rasa sangat bersyukur dengan anugerah Allah atas kenikmatan ini,

Ustaz Fadhil menceritakan tentang Amal Tullabi (dakwah pelajar) yang sangat penting. Saya sendiri merasakan sangat bertuah dapat mendengar pengisian ini kerana cukup2 memberikan motivasi untuk terus mengembleng tenaga dan melengkapkan diri ini dengan asset ilmu dan pengalaman, insyaallah. Ustaz menceritakan tentang focus kami ketika masih muda dan sebagai pelajar. Antaranya adalah:

a) Menumpukan kepada pembinaan peribadi, Merasakan diri dalam tarbiyah, cuba untuk mengubah diri sendiri, sentiasa berada dalam zikrullah, menanam benih kebaikan ketika masih muda serta menekankan akan kepentingan menjadi murabbi kerana tidak sempurna kita menjadi seorang daie selagi kita tidak mampu melahirkan manusia lain (ie jadi murabbi)

b) Menumpukan kepada pembentukan fikrah à faham dengan jelas tentang Islam. Kita mesti lebih baik dari orang yang kita dakwah supaya dapat menjadi magnet kepada mereka.

c) Memahami amal dakwah à fahami konsep fiqhu dakwah, fahami bagaimana nak memenangi hati manusia dan lancarkan dakwah. Menekankan kepentingan usrah yang menjadi zat bekalan kepada dakwah.

d) Fokuskan kegiatan à dakwah fardhiyah dan dakwah ammah.



Ustaz juga menyelitkan pengalaman2 peribadi beliau yang sangat menarik dalam dakwah, bagaimana beliau sendiri dapat merubah ramai manusia (ni mmg kene ada org start bukukan pengalaman2 dakwah ni..huhuh) sehingga tidak sedar kami telah duduk mendengar beliau bercakap selama sejam lebih. Ustaz juga sangat2 memberikan penekanan terhadap hubungan dengan Allah di mana kejayaan dakwah sangat bergantung kepada itu. Akhir kalam ustaz, ustaz akhirkan dengan kata-kata : ‘Jangan jadikan kerja-kerja kita ini (kerja dakwah) sebagai halangan kita kepada Allah’. Fikir-fikirkanlah.



Malam sebelum tidur, kami diberikan arahan secara mengejut oleh UQS (see, expect the unexpected! Heheheheh….)untuk mengendalikan program tamrin ds2 keesokan harinya. Tugasan diberikan dan kami membahagi2kan tugasan. Seronok juga kerja sebegini sebab kadang2 kita terlalu memikirkan perkara teknikal sedangkan perkara itu boleh diselesaikan dengan sekejap sahaja. Kami pun just macam tengok je esok apa yang nak dibuat, slot games pun tak tau nk letak apa….



Esok harinya Dr Kamsani memberikan tazkirah umum berkenaan dengan dakwah. Kagumnya ayat-ayat alquran mengalir dari mulut beliau bagaikan dia seorang ustaz. Ayat2 tersebut walaupun ayat lazim tapi jika tidak ditarbiyah dengan cukup, tidak mungkin seseorang itu dapat menghafalnya serta menggunakannya di tempat yang sepatutnya.



Kami bergerak ke Alamin Bangi sejurus selepas itu dengan menggunakan komuter selepas mengosongkan ‘pangsapuri’ itu.



Tiba di Al-Amin sebahagian sisters telah pun datang. Malu dengan kelewatan kami namun kami cepat2 bergegas memerhatikan keadaan sekeliling. Pertama kali saya menjejakkan kaki di situ walaupun telah 10 tahun saya tahu akan kewujudannya. Alhamdulillah, bilangan sisters yang ramai menggembirakan hati kami. Seramai lebih dari 25 sisters dari UK, Ireland, Brunei, Australia dan Malaysia yang berhimpun di situ. (rasa plak cam PPM sebab banyak negara datang ..). Dari Uk sendiri, adik2 ds2 sangat ramai berbanding dengan daurah sebelum itu. Saya rindu untuk bertemu mereka terutama akhawat dari Coventry. Hajar Leeds pun dapat datang walaupun Aiza tidak kerana urusan keluarga.



Perhatian utk sisters : Saya perasan yang cuma beberapa sisters sahaja yang konsisten datang daurah, tamrin dan usrah. So naqibah kene cek balik dengan anak buah, tajuk apa yang telah dia cover dan tajuk apa yang belum . Jikalau belum , kene ambil inisiatif untuk pastikan mereka dapat coverkan. Ini penting supaya kefahaman semua anggota ds2 (dan aims sendiri) adalah tidak jauh bezanya.





Program pagi bermula dengan sesi LDK. Soalan yang diberikan seperti biasa walaupun soalan asas namun menguji minda dan kefahaman. Antara soalannya: ‘orang mengucap dua kalimah syahadah tak semestinya islam ‘ orang tak mengucap dua kalimah syahadah tak semestinya tak Islam. Setuju ke? Bincangkan.

Waktu di kami mengambil peluang untuk kenal anak2 buah kami. Menarik sebab di dalam satu kumpulan ada pelbagai negara, maka taaruf tu lebih meriah.



Tiba sahaja di penghujung LDK, kami terbau satu masalah. Kami tidak mampu untuk bermalam di Al-Amin Bangi kerana masalah teknikal yang rumit. Alternatif yang terbaik adalah untuk berpindah ke ‘pangsapuri’ kami di serdang. Kami perlu memikirkan bagaimana kami dapat memindahkan para peserta tanpa mereka sedar mereka dipindahkan. Saya kasihankan akhawat yang kena travel kerana pengangkutan yang ada hanyalah komuter.



Kami dapat idea untuk membuat satu game selepas Asar supaya mereka dapat ke sana tanpa disedari (macam amazing race).Kami solat zohor dan makan namun kami sendiri tidak pasti bagaimana untuk kendalikan permainan itu. Masa yang tinggal adalah suntuk dan saya tidak mahu peserta berasa hambar jikalau permainan itu tidak didesign dengan baik.



Kami mendengar kisah sahabat (Amr bin Jamuh) selepas solat dan menghabiskan masa berbincang. Ustaz Haris seterusnya memberikan pengisian tentang Wala dan Albara’. Kami duduk di dalam dewan dan ketika ini ramai sisters dari UM dan UKM datang. Kami tak sempat beramah mesra kerana mereka balik sebelum Asar. Sewaktu pengisian itu, saya dan rakan2 mendapat idea untuk games selepas Asar.





Selepas asar, setiap kumpulan dikumpulkan dan beg2 besar diletakkan di dalam kereta untuk dibawa ke pangsapuri. Mereka cuma diberi maklumat bahawa mereka akan melalui satu pengembaraan yang mempunyai beberapa check point. Di setiap check point, mereka di minta untuk membaca beberapa surah yang telah diminta untuk dihafal di awal program.....



nota: biar datang dari dan hanya kepada Allah SWT.. satu2nya yg menemukanku dgn cinta sejati .. Ya Rabb, aku benar2 rindu.....
posted by umm mujahid @ 7/25/2005 02:54:00 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 
 

Today is



nota mujahid
Archives
mujahid

our precious

parenting
Template By
Free Blogger Templates
© 2004 namakamu.blogspot.com